MUKAH: Sebuah syarikat penerbitan filem kini sedang  mencari pelakon tambahan atau sampingan untuk berlakon dalam filem bersejarah.

Filem itu bertajuk “Jerunei Puaka” akan membuat penggambaran di Mukah, Dalat dan bandar raya Kuching.

Menurut maklumat yang beredar, filem berkenaan bakal diterbitkan oleh Produksi Seni 2020.

Uji bakat kepada calon terbabit akan dilakukan pada 22 Jun ini.

Jerunei merupakan tiang persemadian bagi bangsawan Melanau pada zaman silam dan dihapuskan pada awal abad lepas.

Jerunei ketika ini dapat dilihat di Kampung Tellian Tengah, Mukah.

Menurut satu catatan, pada zaman lampau, jerunai dijadikan tempat persemadian terakhir untuk golongan orang yang dihormati kaum Melanau atau golongan raja, bangsawan, pemimpin-pemimpin besar dan saudagar-saudagar yang bersifat dermawan kepada masyarakat ini.

Jerunai hanya diperbuat daripada kayu belian yang besar dan cukup tua kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca panas dan hujan hingga ratusan tahun.

“Pada tiang jerunai, dikorek dua atau tiga lubang. Lubang di bahagian bawah dan tengah dikhaskan untuk menempatkan mayat atau rangka tulang si mati dan barangan bernilai sebagai bekalan di alam lain. Sementara, lubang di bahagian atas dikhaskan kepada hamba abdi atau orang-orang yang dipilih khas oleh si mati sewaktu hidupnya.Di bahagian luar tiang jerunai biasanya dilakar indah ukiran bermotifkan binatang seperti naga, harimau, ular, tikus dan sebagainya tertakluk kepada kedudukan pemiliknya,” kata catatan itu.

“Jerunai menjadi kebanggaan golongan bangsawan sebagai manifestasi tentang kedaulatan, ketinggian darjat, pengaruh dan kekayaan sewaktu hidup. Masyarakat Melanau dari kalangan orang kebanyakan turut berbangga kerana ia merupakan imej dan keperibadian kaum yang melambang ketamadunan mereka pada waktu itu,”’ katanya lagi.

Difahamkan proses membuat jerunai mengambil masa yang lama selain menuntut kesabaran dan kesetiaan kepada raja atau kumpulan yang hebat-hebat.