KUCHING: Satu sesi debat membabitkan tiga  buah parti politik di negeri ini akan diadakan pada 22 Jun ini di sini.

Debat berkenaan membabitkan DAP, SUPP dan PBK akan diadakan jam 1.340 petang di Hotel Grand Continental.

Yang mewakili DAP ialah setiausaha publisiti Pemudanya Abdul Aziz Marindo, SUPP diwakili ketua pemuda Michael Tiang, dan PBK oleh presidennya Voon Lee Shan.

Debat itu dianjurkan oleh The Movement for Change (MoCs) dan moderatornya ialah Francis Paul Siah.

Berdasarkan poster yang beredar, debat bertajuk “Sarawak: What’s Next?” dijangka hangat.

Ketika ini kontroversi tercetus antara DAP dengan Presiden PBK apabila DAP mendakwa Voon masih lagi ahli parti itu.

Manakala Voon pula mendakwa dia sudah dipecat oleh DAP menjelang pilihan raya negeri Sarawak 2011.

Namun, kata DAP, berdasarkan rekod beliau masih lagi ahli parti berkenaan.