MIRI:  Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang mencuri coli wanita di kawasan perumahan berdekatan kampus Universiti Curtin  di sini dilepaskan kerana pemiliknya enggan membuat laporan polis.

Lelaki berkenaan ditangkap pegawai keselamatan selepas melakukan perbuatan itu sekitar jam 6 petang Rabu.

 Berdasarkan gambar yang tular, didapati pihak polis telah pergi ke kawasan itu.

Netizen berang dengan tindakan lelaki itu yang mempunyai tabiat aneh.

Lelaki yang mempunyai nafsu seks ganjil biasanya suka mencuri coli terpakai. Mereka ghairah melihat coli.

Selain itu mereka juga suka mencuri seluar dalam, kalau dapat seluar dalam terpakai yang berbau.

Mereka suka mencium seluar dalam berkenaan untuk menaikkan nafsu seks.

Menurut sumber, lelaki itu dilepaskan selepas suspek dan isterinya berjumpa dengan pemilik coli berkenaan.

Suspek yang dicuri itu dijemur di ampaian rumah terbabit.

Lelaki yang dipercayai sudah berkahwin itu diserahkan kepada pegawai keselamatan taman perumahan berkenaan.

Media sebelum ini pernah melaporkan ada lelaki yang mencuri sampai ratusan seluar dalam dan coli wanita.

Di Sibu Mac lalu, seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencuri coli dan seluar dalam dari sebuah rumah di Jalan Then Kung Suk 5.

Beberapa tahun lalu,l seorang lelaki di Dungun mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita.

Di Beijing baru-baru ini, seorang lelaki yang ketagih pakaian dalam wanita menggunakan joran buatan sendiri untuk mencuri ratusan seluar dalam dan coli terpakai.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan akan meramas dan menggigit pakaian dalam itu sebelum membawanya pulang.

Lelaki itu yang dikenali dengan nama keluarganya Zhang, akhirnya ditangkap polis dalam satu sekatan jalan di bandar raya Liyang bulan lalu.

Menurut laporan agensi berita, sebaik membuka pintu vannya, polis terkejut mendapati longgokan 285 coli dan 185 seluar dalam di dalam vannya, semua sudah dipakai.