SCOTLAND: Buah catur yang dibeli peminat antik dari Scotland berharga AS$6 pada 1960-an, kini sudah berharga AS$1.3 juta.

Buah catur itu ditemui tersimpan di dalam sebuah almari.

Pusat lelongan Sotheby memberitahu buah catur yang dikenali sebagai Lewis Warder, itu dipercayai antara buah catur ciptaan Lewis Chessmen yang kali pertama ditemui di Isle of Lewis di Outer Hebridesi Scotland pada 1831.

Buah-buah catur ini dipercayai diukir di Trondheim, Norway, pada abad ke-12 atau ke-13 sebelum dibawa ke Isle of Lewis.

Pada 1931, sebanyak 93 keping buah catur ditemui di situ.

Buah catur Lewis Warder ini, di gambarkan sebagai “Antique Walrus Tusk Warrior Chessman” oleh penggemar barangan antik yang membelinya pada 1964.

Buah catur tersebut milik peminat barangan antik dan ditemui oleh anaknya yang menyimpannya di dalam laci.

Ia ditemui oleh salah seorang ahli keluarganya, diserahkan kepada pakar untuk dianalisa dan dikenal pasti sebagai buah catur ukiran Lewis Chessman.

Pihak pengurusan lelongan Sotheby memberitahu ia dijangka dijual dengan harga AS$1.3 juta.