Saya ingin menzahirkan rasa kesal dan sedih atas sebaran meluas klip video lucah yang mengaitkan seorang pimpinan tertinggi parti dan kerajaan yang mula
tersebar sejak semalam.

Pada saat rakyat dan kerajaan sedang bergelut bagi memulihkan keadaan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat, permainan politik kotor ini sangat menjengkelkan dan membantutkan usaha pembinaan semula Malaysia Baru.

Saya juga ingin menyatakan bahawa keyakinan saya akan kredibiliti,integriti dan personaliti pimpinan yang difitnah tersebut adalah tanpa berbelah bahagi.

Keyakinan saya ini adalah berdasarkan latarbelakang penuduh yang sangat meragukan dan diketahui mempunyai hubungan baik dengan pihak pembangkang.

Sebarang konspirasi politik bagi membunuh karakter seperti ini harus dihentikan serta merta dan saya amat berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta menghadapkan pesalah ke muka pengadilan.

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN KEADILAN PUAN HJH ZURAIDA KAMARUDDIN

YB Puan Hjh Zuraida Kamaruddin
Naib Presiden Keadilan