KUALA LUMPUR:  Bermula hari ini hingga 21 Jun, Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan promosi tambang rendah Fly Now Deals.

Ini peluang terbaik yang perlu direbut oleh pengembara yang mahu melancong ke luar negara.

Malaysia Airlines berkata, orang ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir kini dapat menikmati tambang serendah RM339 pergi dan balik kelas ekonomi.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan serendah RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu.

Syarikat penerbangan tersebut juga menawarkan tambang rendah bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689.

Juga ke Hong Kong RM719; Manila RM789; Chennai RM939; Beijing RM1,119; Seoul dari RM1,209; Tokyo RM1,399; Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.

Jelasnya lagi, selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan 10 kilogram tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.