Ketika suhu politik di negara ini semakin panas ekoran pendedahan video di atas ranjang yang memaparkan dua orang lelaki, suhu politik di India juga tidak kurang panas.

Mahkamah Agung India memerintahkan pembebasan seorang wartawan yang ditangkap dan dipenjara berkaitan cuitannya tentang Menteri Besar Bahagian Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, pada Sabtu.

Prashant Kanojia memuat naik video seorang perempuan yang didakwa mempunyai hubungan dengan Adityanath, lapor BBC Indonesia.

Pada rakaman tersebut, perempuan itu bertanya kepada Adityanath apakah dirinya ingin “menghabiskan sisa hidupnya dengannya”.

Polis menangkap wartawan itu dari rumah kerana dianggap “mencemarkan” nama baik menteri  kanan tersebut.

“Tidak lama setelah Kanojia memuat baik cuitan, polis muncul di rumahnya untuk menangkapnya. Mereka mengatakan twitnya “mencemarkan” nama baik Adityanath,” kata laporan itu.

Dua wartawan lain yang bekerja untuk saluran televisyen India, Anuj Shukla dan Ishika Singh, juga ditangkap pada hari Sabtu kerana memandu sebuah perbincangan yang dikatakan “memfitnah”Adityanath.

“Tidak jelas apakah tuduhan ini terkait dengan video yang sama,” kata BBc lagi.

Ia juga melaporkan tiga individu lain yang bukan  wartawan juga ditangkap di negara bahagian itu kerana mengongsikan atau menyebarkan  maklumat negatif berkaitan Menteri Besar terbabit.

Ini bererti sudah enam orang yang ditahan terkait posting di media sosial tentang Adityanath dalam tiga hari terakhir ini saja.

Gambar hiasan