KUCHING: Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin memaklumkan anaknya telah  sedar selepas menjalani pembedahan membuang tumor  di bahagian mulutnya pada Isnin.

“Ainul dah sedar, Alhamdulillah.

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan Ainul betul-betul okey sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa,”’ katanya dalam entri terbaharu di Facebooknya.

“Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya,” tulis Safiuddin lagi.

Ainul yang berusia lapan bulan menderita kanser ‘germ cell tumor’ tiba di London beberapa minggu lalu untuk rawatan.

Safiuddin turut memuat naik gambar terbaharu Ainul.

Saya tak mampu nak berkata apa-apa ketika ini, tapi saya teringin nak post bendera Malaysia di FB sebab nak tunjuk bahawa tanpa mengira agama dan bangsa, anda semua telah membuatkan Ainul berjaya hari ini (izin-Nya).

“Tanpa doa dan sokongan dari kalian, mungkin Ainul dan kami tidak akan sampai ke tahap ini,” tulisnya.

Pembedahan lima jam pada Isnin itu berjaya membuang keseluruhan 200 gram tumor, dan ia dijalankan oleh sekumpulan pakar di sebuah hospital di London.

Doktor berasal dari Malaysia yang pernah menjadi pelajar amat cemerlang, Dr Amelina Che Bakri turut terbabit dalam pembedahan itu.

Beliau dalam Instagramnya berkata, pembedahan adik Ainul sangat berisiko tinggi yang memerlukan banyak persiapan.

Jelasnya, pembedahan selama lima jam tersebut melibatkan pasukan pakar bedah dari pelbagai kepakaran.

“Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan. Ainul sedang dipantau selepas pembedahan dan dia kini stabil,” kata Dr Amelina lagi.

“Mari berdoa untuk pemulihan Ainul. Terima kasih atas semua doa anda,” katanya yang menganggap keluarga kanak-kanak itu seperti keluarganya sendiri.

 

[sponsored content]

Jemputan Affiliate SJP 2019!

Hai, saya Rahman Basri. Founder, Sistem Jualan Pro (SJP)!

Hari ini saya amat mengalu-alukan untuk anda menjadi ejen affiliate untuk bersama mempromosikan SJP ini kepada lebih ramai orang dan jana komisyen lumayan daripada setiap jualan yang anda hasilkan.

Untuk pengetahuan anda, SJP telah dilancarkan pada 2013. Dan sehingga kini ia telah beroperasi hampir 6 tahun.

Alhamdulillah. Dalam tempoh tersebut, SJP telah membantu ramai usahawan internet menjana pendapatan tambahan setiap bulan.

SJP 4.0 – adalah Sistem Jualan Pro versi terbaru 2019. 

Sistem telah di ‘upgrade’ kepada sistem yang lebih stabil dan mesra pengguna.

Modul pembelajaran juga telah ditambahbaik, sesuai dengan perubahan beberapa marketing tools yang ada di pasaran.

SJP ini adalah platform terbaik untuk beri peluang lebih ramai orang untuk mulakan bisnes di internet tanpa perlu menjual produk sendiri.

> INFO LANJUT KLIK DI SINI <