KUCHING:  Adakah Op Selamat tidak berjaya?

Atau memang pemandu kita tidak berdisiplin di atas jalan raya ketika perayaan?

Anda boleh sahaja membuat kesimpulan sendiri.

Tetapi berdasarkan statistik, sebanyak 15 nyawa terkorban di jalan raya di Sarawak pada hari ke-13 Op Selamat yang bermula 29 Mei lalu.

Untuk Sarawak, terdapat 423 kes kemalangan direkodkan dalam tempoh tersebut, membabitkan 13 nyawa melayang.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 21,265 kemalangan maut yang mengorbankan 221 nyawa di seluruh negara,” kata Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan.

Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi, iaitu 5,487 kes dengan 38 nyawa terkorban.

Ini dikuti Johor dengan 3,293 kes dan 30 terkorban.

Pada kedudukan ketiga kemalangan maut tertinggi ialah Perak dengan 23 kes membabitkan  1,843 kes kemalangan.