Sunday, September 25, 2022

Cuaca mendung jejas ketampakan planet Musytari

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Cuaca mendung petang semalam telah menjejaskan peluang peminat ilmu angkasa negara ini menyaksikan fenomena Oposisi Musytari yang bermula pada 7.31 petang semalam hingga 7.21 pagi ini.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Agensi Angkasa Negara Zahira Mohd Radzi berkata keadaan cuaca yang mendung dan berawan telah menghadkan ketampakan planet Musytari.

Fenomena 13 bulan sekali ini berlaku apabila bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan planet Musytari dalam satu garis lurus di mana pada waktu malam Musytari akan kelihatan 2.377 kali lebih cerah daripada biasa, katanya kepada Bernama.

“Di Malaysia fenomena itu bermula pada 10 Jun 2019 (7.31 petang) sewaktu terbitnya planet Musytari, kemudian berlaku transisi pada 11 Jun, 1.23 pagi sebelum terbenam pada 7.12 pagi hari ini. Namun akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ia menghadkan pandangan,” katanya.

Zahira berkata selain fenomena Oposisi Musytari, fenomena ELongasi Utarid dan Gerhana Bulan Separa juga akan berlaku pada Julai ini, namun ia juga bergantung kepada keadaan cuaca.

Musytari merupakan planet kelima dari matahari dengan jarak purata 778 kilometer dan ia juga merupakan planet terbesar dalam sistem suria.

Menurut NASA pada 10 Jun planet terbesar iaitu Musytari akan dapat dilihat jelas dengan hanya menggunakan binokular.

NASA berkata planet Musytari akan dapat dilihat paling besar dan terang pada bulan Jun ini di mana ia berada di kedudukan bertentangan dengan matahari dan bumi.–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru