CHONGQING: Gelagat tiga pelancong asing yang dirakam makan acar di depan pusat pemeriksaan Lapangan Terbang Chongqing, China menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak.

Ramai maklum peraturan dan protokol lapangan terbang yang tidak membenarkan penumpang membawa makanan atau barangan yang mengandungi air.

Ekoran itu segelintir netizen berpendapat berkemungkinan acar itu terlalu sedap sehingga mereka bertiga tidak sanggup membuangnya begitu sahaja lalu memakan dan menghabiskannya.

Mereka bertiga dikatakan dalam perjalanan menuju Nanning.

Ramai netizen memberitahu mereka melakukan perkara yang betul.

Jika mereka mengambil keputusan membawa acar itu bersama di dalam pesawat, mereka terpaksa membungkusnya semula dan membayar kos lebih untuknya.