Friday, August 19, 2022

Jangan kita marah apabila janji manifesto ‘dicappati’ – Nancy

Secara Rawak

Perlantikan Puan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah prerogatif YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta SPRM dan Perlembagaan Malaysia. YAB Perdana Menteri sudah memberi penjelasan sempena Majlis Hari Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, bahawa perlantikan ini adalah keputusan beliau sendiri tanpa rujukan kepada Kabinet.

Dalam hal pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebagai seorang wakil rakyat di Parlimen saya berasa terkejut dan belum sempat menyelidik latar belakang dan merit Puan Lateefa Koya.

Pelantikan ini telah menimbulkan banyak persoalan terutamanya tuduhan bahawa ia adalah bercanggah dengan janjian manifesto Kerajaan PH – yang menjanjikan pelantikan jawatan tersebut menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Tak apa la, manifesto kan pernah dikatakan ‘Bukan Kitab Suci’, dan boleh dimungkiri. Jangan kita marah apabila janji manifesto ‘dicappati’. Rakyat haruslah tabah menerima hakikat pahit ini.

Saya juga teruja dengan betapa ‘senyapnya’ kebanyakkan Menteri-menteri PH terutamanya mereka dari parti DAP. Zaman Kerajaan BN, parti DAP telah giat memperjuangkan supaya institusi-institusi seperti SPRM bebas daripada politik. Puan Lateefa Koya pula meletak jawatan sebagai Ahli PKR sejurus mendapat perlantikan- supaya boleh laksanakan tugas beliau ‘tanpa unsur politik’.

Entah bagaimanakah reaksi mereka kalau dulu bawah zaman BN saya diminta keluar PBB sehari sebelum dilantik ketua pesuruhjaya SPRM – cuba kita fikir apa YB-YB di Pakatan akan menuduh? YB Chong Chieng Jen, YB Gobind Singh, Rafizi, YB Lim Kit Siang dan lain lain pejuang Pakatan Harapan. Saya rasa mereka mungkin sanggup berguling-guling di lantai bangunan SPRM untuk membantah. Ke tidak. Entahlah.

Ramai rakyat yang dahulunya menyokong PH sudah mula memperlihatkan ketidaksenangan, sinis dan ragu-ragu terhadap PH yang sering memungkiri janji manifesto. Jangan risau, kerana PH tahu, bah kata orang Malaya – Orang Malaysia mudah lupa. Dah kita ampunkan mereka satu tahun, tahun depan kita ampunkan lagi. Asal rakyat sanggup ampun semua janji yang “akan” dicappati.

Ini perkara yang sangat baik dan harus digalakkan – kerana isu-isu pemungkiran janji PH tiada nampak hentinya. Rakyat perlu belajar supaya menjadi ‘maha mengampun’ kepada Pakatan Harapan.

Saya merenung membaca balik slogan-slogan Malaysia Baharu yang sering dilaungkan, adakah masih relevan lagi. Hakikatnya PH sudah sedar bahawa janji-janji kosong mereka tidak dapat dilaksanakan dan hanya sekadar menanam tebu di bibir mulut untuk menipu undi rakyat. Bah orang Sarawak berkata, eksen sik tau.

Selalunya ‘pembulak profesional’ yang sanggup berbuat demikian tanpa segan dan malu. Walaubagaimanapun, sempena bulan Raya ini saya menasihat mun yang sudah banyak membulak, elok kitak mintak maaf dan bertaubat. Iboh lagi polah macam ya lagi kerana balasan yang jelek di dunia akhirat menanti mereka yang membulak. Marilah kita doakan supaya dosa-dosa pembulak pun diampun nanti.

Biarlah kami yang menepati janji disanggah, dihina, diejek, dan dicaci, asalkan hati naluri kita terang dan jelas. Balik tidur pun lena dan sedap. Entah bilakah rakyat Malaysia dapat membuka mata terang-terang tengok realiti. Bila rasanya?

**Saya nak memperbetulkan kenyataan di media. Borneo post dan Malaymail memang tepat. Saya dengan sinis mengatakan saya “neither agree nor disagree” tu atas pelantikan Pn. Latheefa ya. Apa nak dikata kita lagik, mun PM dah terang madah nya melantik berdasarkan kualiti Pn. Lateefa. Ya saya madah rakyat boleh main peranan masa election nanti sama ada suka dipolah PH ngikot rule of law sidak. Yang mapengatakan saya nyokong adalah sik betul.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru