KUCHING: Kerajaan Sarawak berminat menguasai MASWings dan sedang berunding dengan Putrajaya untuk mengambil alih anak syarikat Malaysia Airlines Bhd itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, lebih baik untuk Sarawak mempunyai syarikat penerbangan yang lebih kecil untuk menghubungkan kawasan strategik terutama di luar bandar.

“Saya akan lihat apa yang dapat dilakukan pada tahun depan,” katanya di sini semalam.

Abang Johari berkata pilihan Kerajaan Sarawak adalah menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, namun ia juga masih dalam pertimbangan.

MASWings memberi perkhidmatan untuk penduduk dan penumpang di kawasan luar bandar di Malaysia Timur.