Latheefa Koya: Tugas saya jelas, membanteras rasuah di mana-mana sahaja

Twitter@LatheefaKoya

PAGI ini, saya telah memulakan tugas hari penuh pertama saya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan semenjak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum
Hari Raya Aidilfitri.

Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.

Tugas saya jelas. Iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja.

Dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah. Saya juga akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah. Adalah hak asas setiap rakyat
Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini.

LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
7 JUN 2019