Wednesday, September 22, 2021

Buaya tiga meter ceroboh ruang dapur

Mesti baca

FLORIDA: Mary Wischhusern, 77, warga Florida mendengar bunyi kuat di ruang dapur rumahnya semasa dia tidur.

Dia bangun lalu ke dapur dan terjumpa makhluk mengerikan sepanjang tiga meter.

“Ia menatap saya seperti saya miliknya,” kata wanita itu menggambarkan ketika dia berhadapan dengan reptilia raksasa tersebut di dapurnya.

Buaya jantan itu memasuki rumah Mary pada Jumaat pagi, 31 Mei lepas dengan memecah tingkap rujahnya.

Mary segera kembali ke bilik tidurnya dan segera menelefon 911.

Polisi Kota Clearwater, Florida, mengatakan reptilia itu awalnya dilihat oleh wanita penghantar akhbar, Patricia Pecora, sekitar 3:29 pagi di selekoh jalan berdekatan rumah Mary.

Patricia mengaku terdengar sesuatu jatuh dan terpecah dari dalam rumah Mary dan segera menelefon 911.

Menurut polis, buaya tersebut memasuki rumah dengan memecahkan jendela lalu menjatuhkan rak anggur di dapur menyebabkan ia sendiri turut cedera.

Reuters melaporkan, buaya tersebut sempat melawan ketika polis berusaha mengeluarkan dari dapur rumah Mary.

Mary bersyukur kerana buaya itu tidak mengejarnya ke bilik tidur. Dia berterima kasih kepada pihak yang membantunya.

Buaya itu ditempatkan sementara di sebuah lokasi memulihkannya dari trauma, menurut pegawai polis Clearwater dalam satu kenyataan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru