Thursday, December 9, 2021

Rumah Terbuka Aidilfitri TYT meriah

Secara Rawak

KUCHING: Ribuan masyarakat berbilang kaum mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri di Astana Negeri, di sini hari ini.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menerima kunjungan daripada orang ramai seawal jam 10 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari dan bersambung semula pada sebelah petang hingga jam 4.30 petang.

Antara tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri TYT hari ini Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam pada itu, mereka yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri TYT pada hari ini masih berpeluang untuk bertandang pada raya kedua esok bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 4.30 petang.–TVSarawak.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru