SIBU: Ribuan penduduk Sibu memenuhi Masjid An-Nur Sibu untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri pada pagi tadi.

Masyarakat Sibu yang beragama Islam mula memenuhi perkarangan Masjid An-Nur seawal 6.30 pagi bagi memenuhi ruangan solat hadapan .

Cuaca di Sibu juga cerah juga menjadi faktor yang menyumbang kehadiran para jemaah di sini juga.

Ketibaan para jemaah disambut dengan bergema laungan takbir dan ia berakhir pada jam 8 pagi disebabkan untuk memberikan laluan kepada para jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Kemeriahan Aidilfitri diserikan lagi dengan warganegara dari negara asing iaitu dari Bangladesh dan Indonesia yang turut bersama-sama warga Sibu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selepas berakhir Solat Sunat Aidilfitri, majlis diteruskan Khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh Dr Syed Abdul Aziz Bin Datuk Temenggung Wan Hamid.

Solat Sunat Aidilfitri berakhir lebih kurang pada jam 9.20 pagi.