Monday, September 26, 2022

Baru Bian: Amalan saling mengunjungi perlu disemarak

Secara Rawak

KUCHING: Semangat saling mengunjungi pada perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan mulai hari ini oleh umat Islam perlu disemarakkan dalam kalangan rakan dan jiran tetangga serta kenalan baharu.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, hal ini kerana kepelbagaian perayaan di Malaysia merupakan wadah penyatuan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Amalan ini akan mengembangkan rangkaian persahabatan dan mengukuhkan ikatan silaturahim sesama kita,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfiti.

Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak menyatakan keyakinannya bahawa sambutan Aidilfitri akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk merapatkan hubungan, tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Baru turut mengimbas kembali kenangan silamnya ketika bersekolah di Limbang.

Ketika raya beliau mengambil kesempatan berkunjung ke rumah rakannya yang beragama Islam.

“Oleh itu, amalan ini dapat digunakan untuk berkenalan dengan tuan rumah dan keluarga yang kami kunjungi,” jelasnya yang juga Adun Ba Kelalan.

Ujarnya, meskipun antara mereka tidak saling mengenali, namun sambutan berkenaan tetap mesra dan mereka dihidangkan dengan makanan dan kuih-muih.

Beliau berharap agar persahabat terjalin akan terus kekal mekar.

Malah, beliau berharap agar perpaduan akan terus dikekalkan, selain pengecapi pembangunan negara dengan penuh kegembiraan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru