Saturday, October 23, 2021

Abang Jo kunjung Rumah Terbuka Aidilfitri TYT

Mesti baca

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri di Astana Negeri, di sini hari ini.

Beliau bersama rombongannya tiba di Astana Negeri pada pukul 4.00 petang dan disambut mesra oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri TYT hari ini Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selain itu, ribuan masyarakat berbilang kaum datang bertandang di Astana Negeri serta berpeluang bersalaman dan beramah mesra dengan Tun Pehin Sri Taib dan Toh Puan Ragad.

Tun Pehin Sri Taib dan Toh Puan Ragad membuat Rumah Terbuka Aidilfitri selama dua hari berturut-turut iaitu hari raya pertama dan kedua di Astana Negeri dari jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru