Sunday, September 25, 2022

Kerja baik pulih, naik taraf Jalan Belaga-Menjawah giat dijalankan

Secara Rawak

KUCHING: Kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Jalan Belaga-Menjawah sedang rancak berlangsung, dan kini mencapai tahap 13.15 peratus.

Jabatan Kerja Raya Sarawak  dalam satu kenyataan berkata, jalan berkenaan yang dilaporkan rosak teruk sebelum ini dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan.

Kerja menaik taraf dan pemulihan dilakukan sejak November tahun lalu.

“Jalan terbabit ialah sejauh 33.9 kilometer, dan jalan itu akan dinaik taraf mengikut standard R1,” katanya.

Jalan raya berkenaan yang menuju ke Bakun sebelum ini dibina menerusi program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia dan diserahkan pada 2016.

Namun, ia rosak teruk akibat kelemahan struktur tanah, selain penggunaan kenderaan bersaiz besar di laluan terbabit.

JKR Sarawak berkata, itulah sebabnya kerja membaik pulih memakan masa yang panjang demi keselamatan penggunanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru