Monday, September 26, 2022

Berbuka puasa bukan asing bagi YB Paulus Palu

Secara Rawak

LIMBANG: Merasai berbuka puasa bersama penduduk Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau bukan asing lagi kepada wakil rakyatnya YB Paulus Palu Ak Gumbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau YB Paulus Palu Ak Gumbang berkata suatu yang unik dan gembira apabila dapat bersama penduduk muslim ketika berbuka puasa.

“Ini bukan kali pertama berbuka puasa bersama penduduk muslim di kawasan DUN Batu Danau. Sudah menjadi kebiasaan dirinya merasai detik-detik manis ketika berbuka bersama penduduk di bulan Ramadan.

“Kehadiran saya di Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Belading pada hari ini juga adalah sebagai penghargaan di atas sokongan yang diberikan saya selama ini,” katanya dalam ucapan ringkasnya di sini, semalam.

Beliau juga mengumumkan peruntukkan sebanyak RM5,000 telah diluluskan kepada Surau Nurul Huda.

“Sebelum ini, semasa berbuka puasa di Surau Kampung Anak Bukit, saya telah mengumumkan kelulusan peruntukkan sebanyak RM5,000 kepada Surau Nurul Huda, Surau Nurul Falah dan Surau Setia Bakti.

“Peruntukkan ini akan digunakan untuk mengadakan aktiviti dan program anjuran surau pada tahun ini,” ujarnya. – UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru