KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 1.57 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 112 kilometer selatan dari Nias dengan kedalaman 61km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.– BERNAMA