KUALA LUMPUR: Minggu lepas, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video muzik lagu raya terbaharu “Jom Raya” turut menampilkan Zizi Kirana sebagai penyanyi duet dan penampilan khas Bella Astillah.

Kini, lagu tersebut menduduki tangga teratas sebagai video paling trending di YouTube mencatat jumlah penonton lebih 1.58 juta.

Bangga dengan pencapaian tersebut, Aliff membotakkan kepalanya seperti dinazarnya sebelum ini.

Aliff turut berkongsi khabar berita tersebut dengan ibunya Rozita Che Wan Ibrahim yang dikenali sebagai Bonda Rozita.

Betapapun, di pihak Bonda Rozita yang juga pengasas produk kosmetik terkenal Sendayu Tinggi, beliau buka mulut dan “membahan” Aliff di Instagram dan YouTube meluahkan komen berkaitan video muzik anaknya itu.

 

Rozita memberitahu suara anaknya Aliff itu sumbang dan dia tidak boleh benyanyi.

Rozita meluahkan rasa hairannya mengapa video tersebut boleh trending yang menurutnya, menyanyi bukan bakat yang ada pada Aliff.

Malah sambil berseloroh, Rozita berharap teguran itu menyedarkan Aliff dan dia tidak lagi akan menyanyi pada masa akan datang.

“Maaf kri Mak carut ko kali ini, biar lepas ni taubat dan tak buat lagu lagi… udahhhhh lah tu… Ko tak serikkan @aliffsyukriterlajaklaris ..!! Aku tak tau lah nak nangis atau nak gelak,” kata Rozita Che Wan.

Sebelum ini Aliff yang terkenal suka membuat kontroversi di media sosial pernah tampil membawa lagu “Bobo Di Mana” dan “Abang Nak Tegur” turut mendapat kritikan netizen.