Monday, September 26, 2022

Wanita PBB Satok anjur sumbangan ihsan Ramadan

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg yang merangkap Ketua Wanita PBB Satok semalam memanjatkan kesyukuran atas Majlis Sumbangan Ihsan Ramadhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2019/1440H dimana ia merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan oleh Wanita dan Pemuda Satok dan dibawah kelolaan Jawatankuasa Wanita PBB Satok.

Katanya seramai 210 orang penerima yang telah dikenalpasti yang terdiri daripada golongan asnaf untuk menerima sumbangan yang berupa barangan keperluan harian untuk persiapan perayaan nanti.

Tambahnya, sumbangan kali ini telah disumbangkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan diharap ianya dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam menyambut lebaran.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Ihsan Ramadhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2019/1440H di Dewan Merpati Jepang semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru