Monday, September 26, 2022

Jalan baharu hubungkan Sungai Maong dengan Segedup

Secara Rawak

PETRA JAYA:  Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak merancang  melaksanakan projek pembinaan jalan baharu menghubungkan kawasan Sungai Maong dengan kawasan Segedup, di sini bermula akhir tahun ini dalam usaha untuk membuka kawasan baharu yang lebih besar.

“Kawasan tersebut  akan dihubungkan ke Jalan Stapok hingga ke Kampung Kudei Baru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan dan Jemputan ke Majlis Ihsan Ramadan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di Dewan Datu Merpati Jepang, di sini, petang semalam.

Kata Abang Johari yang juga Presiden PBB, projek berkenaan  akan membuka lebih besar kawasan baharu untuk memberi laluan kepada pembangunan perumahan mampu milik.

“Pembinaanya akan mencontohi konsep perumahan di kawasan Sungai Bedaun, Santubong,” katanya lagi.

Foto: TVSarawak.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru