Friday, October 7, 2022

GRO adakan catwalk separuh bogel tarik pelanggan lelaki

Secara Rawak

PETALING JAYA: Sebuah pusat hiburan yang menggunakan taktik pertunjukan ‘catwalk’ oleh wanita warga asing berpakaian separuh bogel sebagai pelaris, akhirnya dibongkar polis.

Seramai 37 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand dan Kemboja berjaya dicekup di sebuah premis hiburan di Jalan USJ, Subang Jaya dalam serbuan Ops Noda awal pagi tadi, lapor Astro Awani.

Serbuan pada jam 1.30 pagi Ahad itu lakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan di ketuai oleh DSP Azmi Shukor.

“Ketika serbuan, rata-rata GRO warga asing terbabit sedang leka melayan pelanggan berhibur. Namun, mereka bertempiaran lari ke lorong tikus selepas markas itu dikepung polis dan cubaan mereka untuk meloloskan diri gagal,” kata Astro Awani.

Turut ditahan ialah tiga pekerja lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang di percayai penjaga premis.

Risikan polis mendapati pusat hiburan tersebut melakukan pertunjukan pentas ala ratu cantik untuk dipersembahkan kepada pelanggan.

Pelanggan dipercayai membida GRO yang disukai mereka dengan memberi mahkota bernilai RM1,000.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Kesemua yang tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru