Monday, September 26, 2022

Kekalkan perpaduan, keharmonian kaum yang telah lama terjalin di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Umat Islam diminta untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah terjalin lama di Sarawak.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti & Ombudsman) merangkap Penaung Masjid Ar Rahman, PUSPEN Kuching YB Datuk Haji Talib Zulpilip berkata perpaduan yang ada di Sarawak pada hari ini adalah yang terbaik pernah dilihat di negara ini.

“Untuk itu, marilah kita sama-sama kekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah sedia terjalin lama di Sarawak dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar mengikut al-Quran dan Hadis.

“Dalam pada itu, nilai integriti yang ada dalam diri juga perlu ditingkatkan dalam kehidupan seharian,” katanya semasa berucap di Program Ihya Ramadhan Integriti

Program ini merupakan anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Cure dan Care Rehabilitation Center (CCRC) Kuching, Sarawak dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Seramai 150 orang klien PUSPEN Kuching dan 40 orang tetamu jemputan hadir bagi memeriahkan program yang merupakan julung kalinya diadakan pada tahun ini.
Ianya bertujuan untuk menyantuni klien-klien PUSPEN Kuching yang sedang melalui proses pemulihan dan rehabilitasi penagihan dadah.

Program diisi dengan ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Sheikh Abdul Khaliq As Suwady dan diikuti dengan berbuka puasa, solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih secara berjemaah.

Hadir sama Pengarah UNION Adana Jed, Timbalan Pengarah AADK Negeri Sarawak merangkap Penasihat Masjid Ar Rahman PUSPEN Kuching Iskandar Turkee.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru