Monday, September 26, 2022

150 asnaf diraihkan dengan pemberian baju raya

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 150 anak-anak golongan asnaf diraikan dengan pemberian sumbangan baju raya menerusi Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Program anjuran Pergerakan Pemuda PBB N6 Tupong telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurut Fazzrudin, program tersebut adalah bertujuan untuk membantu golongan anak-anak asnaf dan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama menikmati Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

“Anak-anak golongan asnaf tersebut dibawa ke SES Pesona di pusat beli-belah hopoh pagi tadi untuk mereka sendiri memilih baju raya, songkok dan keperluan raya,” katanya.

“Golongan anak-anak asnaf tersebut telah dikenal pasti di setiap ranting N6 Tupong”

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan TVSarawak di Masjid At-Taqwa, di sini, pagi tadi.

Turut Hadir Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru