Monday, September 26, 2022

Sumbangan Ramadan diberikan kepada Urusetia Saudara Kita

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari bin Tun Openg serta isteri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang telah menghadiri Majlis Khatamal Al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-agensi Islam Serta Solat Berjemaah Fardhu Maghrib, Isya dan Sunat Terawih di Dewan Kompleks Islam Sarawak, semalam.

Turut disampaikan semasa majlis adalah Geran Peruntukan Urus Setia Saudara Kita (USK) Seluruh Sarawak bagi membantu membiayai aktiviti-aktiviti dan kegiatan Saudara Kita sepanjang tahun bermula dari tahun 2017.

Bagi tahun 2017, sebanyak 29 buah USK dengan peruntukan berjumlah RM324,000 telah diserahkan. Bagi tahun 2018 pula, sebanyak 35 buah USK telah diberikan peruntukan berjumlah RM504,000 manakala bagi tahun 2019 pula, sebanyak 43 buah USK dengan peruntukan berjumlah RM592,500 telah diagihkan.

Turut hadir semasa majlis adalah Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Menteri Bertanggungjawab Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi serta isteri Datin Siti Shorgayah binti Ahmad Zaidin dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu bin Haji Taha serta isteri Datin Hajah Jamilah binti Haji Said.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru