Monday, September 26, 2022

SKMM terokai lebih banyak kawasan, luaskan rangkaian teknologi di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan meneroka lebih banyak lagi kawasan di negeri Sarawak bagi mewujudkan rangkaian teknologi yang lebih meluas untuk negeri ini.

Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama daripada kerajaan negeri melalui Strategi Transformasi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg di Wisma Bapa Malaysia Kuching hari ini.

Dalam pada itu katanya, Ketua Menteri turut membincangkan sama ada terdapat kawasan baru untuk mewujudkan teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dan sektor pertanian yang menggunakan teknologi untuk industri permakanan dan sebagainya.

Justeru, beliau berharap lebih banyak lagi kerjasama erat antara MCMC dengan kerajaan negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru