Monday, September 26, 2022

Setiap insan berhak untuk bergembira di Hari Raya

Secara Rawak

KUCHING: Sumbangan penuh makna Pusat Khidmat N5 Demak Laut dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri Isteri (SABATI) ringankan beban golongan kurang bernasib baik menjelang sambutan perayaan Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Hazland Abg Hipni telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada dua buah keluarga di Kampung Tabuan Dani dan Kampung Tabuan Tengah.

“Setiap tahun kami di Pusat Khidmat N5 Demak Laut dan SABATI akan memberikan sumbangan kepada keluarga-keluarga daif bersempena kedatangan Aidilfitri.

“Kebiasaannya sumbangan ini akan disampaikan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Sumbangan berupa barangan keperluan Aidilfitri diharap dapat meringankan beban keluarga dalam persediaan menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 5 Jun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada dua buah keluarga Fatimah Bujang dari Kampung Tabuan Dani dan Lily Keribang dari Kampung Tabuan Tengah di sini, semalam.

Mengenai kerjasama PKN5 Demak Laut dan SABATI, beliau berkata ianya dilakukan setiap tahun dalam usaha memastikan setiap penduduk dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana gembira.

“Setiap tahun kita bekerjasama dengan SABATI dalam usaha memberikan suasana gembira di Aidilfitri.

“Setiap insan berhak untuk bergembira di Hari Raya selepas sebulan kita berpuasa,” tambahnya.

Hadir sama wakil SABATI yang juga isteri ADUN Demak Laut Hjh Dyg Halimah Abg Paul, Penghulu Kampung Tabuan Jas Said, Ketua Kaum Kampung Tabuan Tengah Amzah Dollah dan Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Tabuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru