Thursday, May 19, 2022

Ketua Menteri dan isteri adakan rumah terbuka hari pertama, kedua Aidilfitri

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tunku Bujang akan mengadakan Rumah Terbuka Raya Aidilfitri 2019 pada Hari Raya pertama dan kedua.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu akan bermula pada jam 10 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya memakai pakaian sopan dan bersesuaian ke majlis terbabit.

Bagi kemudahan orang ramai untuk menghadiri majlis itu, perkhidmatan bas percuma dari dua lokasi akan disediakan.

Lokasi pertama adalah di Padang Pasir (berhampiran dengan Masjid Bahagian Kuching) dan kedua ialah di bangunan lama Dun Sarawak.

Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di dua lokasi itu untuk menaiki bas yang disediakan dan dinasihatkan agar menggunakan hentian yang sama untuk pergi dan balik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru