Monday, September 26, 2022

“GAGO Apps” mudahkan pengguna dengan e-hailing

Secara Rawak

KUCHING: Dalam mengurangkan kadar pengangguran, “Gago Instant Jobs Apps” tampil mudahkan pengguna dengan adanya pelbagai kemudahan serta faedah selain menyediakan perkhidmatan serta menghubungkan mereka terus kepada pelanggan dengan hanya satu klik sahaja menggunakan kaedah e-hailing.

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Muda E-Dagang dan Menteri Muda Keusahawanan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Haji Naroden Majais di Bangunan Baitul Makmur Kuching hari ini.

Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai faedah seperti memberi peluang kepada orang ramai bagi menjana pendapatan tambahan melalui pekerjaan atau perkhidmatan dengan kadar segera di mana sahaja pada bila-bila masa.

Perkhidmatan yang lebih murah, ,mudah dan cepat pastinya akan memudahkan pemain industri ataupun orang ramai untuk terus berhubung.

Dengan adanya aplikasi ini, diharap agar orang ramai terutamanya golongan belia yang mempunyai kemahiran dan pengalaman memperkayakan lagi bidang keusahawanan mereka sekaligus menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru