BEIFANG: Peserta yang menyertai acara larian 100 meter pada sebuah kejohanan sukan di Universiti Nasionaliti Beifang, China terkejut dengan kehadiran seekor anjing dalam kalangan mereka.

Anjing itu dikatakan sering berkeliaran di kawasan universiti tersebut sejak empat tahun lalu.

Semua pelajar dan penghuni kampus tersebut sudah biasa dengannya.

Anjing terbabit dikatakan tiba-tiba berlari masuk semasa acara 100 meter sedang berlangsung dan ternyata menamatkan larian di tempat kedua.

Video tersebut dirakam oleh salah seorang pelajar dari universiti tersebut.