Saturday, August 20, 2022

Politik pendidikan dan Perlembagaan Negara

Secara Rawak

Isu matrikulasi masih lagi hangat diperkatakan dalam media sosial dan arus perdana.

Hakikatnya ialah tujuan asal matrikulasi ditubuhkan adalah untuk memastikan golongan bumiputera yang cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Penambahan pengambilan 60 peratus dan mengekalkan kuota 90 peratus untuk pelajar bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan bumiputera sesuai dengan keputusan kabinet terus dikekalkan.

Terdapat suara-suara sumbang yang tidak bersetuju dengan kuota tersebut. Lalu, dicadangkan kemasukan bukan bumiputera ialah 30 peratus bukan bumiputera dan 70 peratus bumiputera yang terdiri daripada Melayu, orang asli, anak negeri Sabah dan Sarawak.

Segelintir pihak tersebut lupa, bahawa konsep matrikulasi yang diperkenalkan  pada penghujung tahun 70-an tersebut ialah seratus peratus bumiputera. Namun begitusejak tahun 2003, bagi mengukuhkan politik Barisan Nasional atas nama untuk menggalakkan persaingan dan perpaduan, maka iadibuka 10 peratus pada tahun 2003 kepada bukan bumiputera.

Gambar hiasan

Daripada satu segi, adalah kelemahan dasar BN apabila membuka saluran khas untuk perlembagaan yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan yang memperuntukkan dan mengiktiraf kedudukan istimewa bumiputera, Melayu dan anak negeri peribumi (bumiputera) Sabah dan Sarawak. Perlembagaan Negara mengiktiraf hak ini dalam situasi “memperoleh biasiswa, dana siswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan”

Apabila desakan untuk menambahkan kemasukan, kerajaan Pakatan Harapan berada dalam dilemma kerana BN sudahmembukalaluan tersebut pada tahun 2002 sesi kemasukan 2003, ia seolah-olah melanggar kontraksosial yang sudah lama diamalkan sejak mencapai kemerdekaan negara hinggalah pembentukan Malaysia.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia wajar dihormati agar tidak timbul rasa ketidakpuasan hati kalangan peribumi di negara ini kerana berlandaskan tujuan bagi menjaga kedudukan keistimewaan bumiputera dalam bidang Pendidikan.Ia memberikan persepsi bahawa sejak 2003 hak keistimewaan dalam Pendidikan yang terkandung dalam Perlembagaan Negara kini mulai terhakis.Lagipun bukan sahaja untuk pelajar miskin akan tetapi yang mendapat keputusan cemerlang.

Namun perkara ini sebenarnya sudah dijelaskan dan dijamin oleh Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dalam era pemerintahanPakatanHarapan.

Jaminan pertahan Perlembagaan

Ketegasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempertahankan kuota 10 peratus tersebut, ada hubungan dengan jawapan bertulis beliau pada 8 Ogos 2018 di Dewan Rakyat.  BeliaumenegaskanPerkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa kebangsaan bagi negara ini adalah Bahasa Melayu dan mengiktiraf kedudukan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetap terjamin dan dipertahankan di bawah Kerajaan PakatanHarapan.

Mahathir juga menegaskan peruntukan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang telah diperuntukkan secara jelas di bawahFasal (1) Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menetapkan ia menjaditanggungjawab Yang di-PertuanAgong (YDPA) untuk melindungi kedudukan istimewa tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan peruntukanPerkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-PertuanAgong diberikan kuasa untuk melindungi tiga bidang yang menjadi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak, iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.

Yang di-PertuanAgong atas nasihat Jemaah Menteri, berhak untuk menentukan perizaban apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah bagi jawatan dalam sektor awam, pemberian biasiswa, dana siswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas serta pemberian permit atau lesen yang dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan bagimengendalikan apa-apa perdagangan atau perniagaan, bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak (Mahathir Mohamad, Hansard, Dewan Rakyat).

Dalam Perkara 10(4) terdapat jaminan terhadap kedudukan dalam beberapa hal-hal yang sensitif seperti kewarganegaraan, keistimewaanMelayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja.Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1971 ini dilakukan selepas peristiwa 13 Mei negara. Ia membabitkan pindaan Perkara 159(5) yang memperuntukkan, “Sesuatuundang-undang yang membuatsesuatupindaankepadaFasal (4) Perkara 10, apa-apaundang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukanBahagian III, Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Meskipun hak pendidikan bumiputera ini dinyatakan secara jelas dalam penjelasan tersebut namun terdapat pihak terus mempertikaikannya. Malah yang mempertahankan dituduh dangkal dan berfikiran sempit.

Atas nama semangat sebuah membina negara bangsa maka semua pihak wajar menghormati asas Perlembagaan Negara tersebut.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisissosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga kolumnis di Sin Chew Daily dan Malaysian Insight.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru