BEIJING: Jika kekasih anda seorang pramugari dan anda mahu meminangnya, bila dan di manakah anda melakukan peminangan itu?
Pernahkah anda terfikir untuk melakukannya ketika sang kekasih bertugas di awam biru, di dalam pesawat?
Itulah yang dialami seorang pramugari China Eastern Airlines apabila jejaka idamannya, melakukannya di dalam pesawat ketika pramugari itu bertugas.
Namun tindakannya itu membawa padah. Video yang memperlihatkan pramugari dilamar pacarnya sempat viral di media sosial pada bulan Mei tahun lalu.
Dalam video oleh Pear Video, seorang penumpang lelaki dalam penerbangan dari Xi An ke Yinchuan nampak berlutut untuk melamar kekasihnya yang kebetulan menjadi pramugari di pesawat tersebut, lapor Asia One.
Gadis yang amat terharu itu kemudian berbicara melalui pembesar suara untuk pengumuman khabar bahagiannya.
“Saya benar-benar tidak tahu kekasihku akan melamarku pada penerbangan ini, terima kasih semua kerana menjadi saksiku,” katanya.
Diyakini bahawa penumpang di dalam penerbangan itu tersentuh oleh pemandangan romantis itu.
Saat membahagiakan itu terjadi sekitar setengah jam setelah lepas landas, lapor TribunNews.
Beberapa penumpang juga terlihat merakam dengan telefon bimbit mereka saat istimewa itu lebih-lebih lagi ketika lelaki berkenaan memeluk pramugari dalam uniform kerja itu
Sayangnya pihak syarikat penerbangan China Eastern Airlines tidak terpikat dengan kejadian itu.
Ia kesal dengan kejadian berkenaan kerana dianggap mengganggu tugas dan mengabaikan keselamatan.
Difahamkan pramugari itu telah dipecat.