PARIS: Jumlah pelajar yang semakin berkurangan di beberapa sekolah menyebabkan ibu bapa melakukan pelbagai usaha menyelamatkan sekolah ini daripada ditutup.

Salah satu usahanya adalah menggunakan kambing biri-biri bagi menambah bilangan pelajar sekolah.

Jules-Ferry in Crets en Belledonne, yang terletak di kaki Gunung Alps sebuah pekan kecil yang dihuni sekitar 4,000 penduduk.

Ia mendapat amaran bahawa mata pelajaran yang diajar di situ akan dikurangkan ekoran kekurangan pelajar di sekolahnya.

Sekolah di situ memiliki 261 pelajar dan pendaftaran haiwan ini diharap dapat membantu memgatasi masalah kekurangan pelajar di situ.

Kambing-kambing ini yang dimiliki oleh Michel Girerd dibawa ke sekolah terbabit dengan bantuan anjingnya untuk sesi pendaftaran yang dihadiri oleh ibu bapa, guru dan pelajar sekolah.

Antara nama yang diberi kepada kambing ini ialah Baa-bete dan Gaelle Laval.