Saturday, October 8, 2022

Penganjur perarakan Gawai minta maaf tersalah cetak sepanduk

Secara Rawak

SIBU:  Ketua publisiti program ‘Ngerandang Jalai Gawai’ di Bintulu Sabtu lepas yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, memohon maaf atas kesilapan ejaan pada sepanduk salah satu kontinjen yang menyertai perarakan itu.

Johnny Chuat memberitahu Bernama beliau meminta maaf bagi pihak anggota jawatankuasa program dan mengaku akan kesilapan itu kerana sepanduk berkenaan dicetak di saat akhir.

“Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan bahawa Dayak Bidayuh National Association (DBNA) telah meminta penganjur program memberi penjelasan mengenai kesilapan pada sepanduk persatuan itu.

Nama persatuan itu pada sepanduk telah ditulis sebagai ‘Dayak Bidayuh Nasional Union’, di mana pada pandangan DBNA ini memberi maksud yang salah terhadap persatuan.

Gambar sepanduk itu telah viral dalam media sosial sehingga orang ramai menyangka ia sebuah entiti baharu atau DBNA telah menukar namanya.– BERNAMA

Kredit foto : Lange Bot

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru