BEIJING: Pelbagai cara dilakukan China bagi menghapuskan identiti dan budaya etnik Uighur di Xinjiang.

Antaranya, kerajaan komunis itu menggunakan rancangan kahwin campur serta menerap sistem pendidikan ke atas etnik Uighur.

Memetik AFP pada Jumaat, beberapa perguruan tinggi di barat Xinjiang mengubah peraturan berkaitan syarat masuk universiti untuk bangsa Uighur.

Pihak universiti memberi kemudahan kepada anak-anak yang berasal dari penikahan antara etnik Han dengan golongan minoriti termasuk Uighur.

Tindakan ini dilakukan bagi mengurangkan populasi etnik Muslim Uighur yang kini mencapai 23 juta orang di Xinjiang dan menghakis budaya Islam.

Pihak wewenang di Xinjiang memberi 20 peratus peluang bagi siswa dari keluarga etnik campuran Han-Uighur ketika ujian masuk perguruan tinggi itu dijalankan.

Profesor James Leibold dari Universiti La Trobe berkata, “kerajaan yakin pernikahan campur antara etnik adalah kunci penggerak untuk mencipta integrasi nasional dan menggabungkan etnik Uighur dengan etnik bangsa China lainnya,” tambahnya.

Pada 2014 lalu, daerah Qiemo di Xinjiang juga pernah mengumum untuk memberi wang tunai 10,000 yuan sebagai hadiah pernikahan pasangan kahwin campur.

Pakar program Institut Teknologi Rose-Hulman Timothy Grose, berkata pemberian wang pernikahan ini merupakan pendekatan Parti Komunis China menekan etnik Muslim Uighur.

Setakat ini, China mendakwa proses deradikalisasi di Xinjiang melalui kem latihan yang dijalankan telah membawa kestabilan dan keamanan.

Dunia bagaimanapun menuduh China melanggar hak asasi berkaitan kem tersebut yang dikatakan menindas hampir 3 juta Muslim Uighur

Nanyak pengakuan dari sejumlah etnik Uighur bahada beberapa kerabat mereka dimasuk secara paksa ke kem tersebut, ada yang dilaporkan hilang.