BANGKOK: Seekor anjing di utara Thailand yang dinamakan Ping Pong oleh pemiliknya berjaya menyelamatkan bayi yang sengaja di tanam hidup-hidup oleh ibu kandungnya.

Ibu bayi tersebut, yang baru berusia 15 tahun dikatakan menjalin hubungan intim dengan teman lelakinya.

Apabila dia hamil, dia bertindak menanam bayinya selepas melahirkannya kerana tidak mahu ibu dan bapanya mengetahui keadaannya.

Menurut pemiliknya Usa Nisaikha, Ping Pong dikatakan menyalak dan menggali tanah di sebuah ladang di perkampungan Ban Nong Kham village.

Melihat gelagat pelik Ping Pong, dia terus mengekorinya dan menemui kaki bayi tersebut terjulur keluar.

Dia bersama penduduk kampung yang lain segera membawa bayi tersebut ke hospital.

Usa memberitahu Ping Pong mengalami kecacatan di bahagian kakinya setelah dilanggar kereta.

Namun dia tetap menjaganya kerana Ping Pong seekor anjing yang setia dan patuh pada arahan.

Dia juga menjadi anjing kesayangan seluruh penduduk Ban Nong Kham.