WASHINGTON: Gunung berapi Yellowstone di Amerika Syarikat (AS) pernah meletus 640,000 tahun silam.

Gunung berapi terletak di Taman Negara Yellowstone itu banyak kali mengeluarkan amaran sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Daily Star, pakar geologi Dr Jerzy Zaba dari Universiti Silesia, Katowice, Poland memberi amaran tegas, sekiranya gunung itu meletus saat ini, ia akan membunuh dua pertiga penduduk dunia.

Sesuatu yang tidak mahu didengar oleh rakyat AS ialah negara AS akan hilang atau lenyap sama sekali dari peta dunia.

Dr Zaba berkata: “Muntahan gunung itu akan meliputi 500 kilometer radius dengan ketebalan satu meter.

“Saya menjangkakan lima billion manusia akan mati akibat kebuluran,” kata beliau memetik Daily Star.

Didakwa gunung itu meletus penuh tiga kali dalam 2.1 juta tahun.