PRETORIA: Seekor singa jantan bertuah kerana diberi peluang menjalani ujian radiasi bagi merawat penyakit kanser kulitnya.

Singa bernama Chaos itu dibawa ke Klinik Mediclinic Muelmed menggunakan pintu belakang bagi mengelak orang ramai mengetahui kehadirannya.

Ia terpaksa dibawa ke klinik tersebut kerana negara itu tiada sebarang peralatan khas untuk merawat haiwan.

Chaos yang berusia 16 tahun dan seberat 260 kilogram itu bagaimanapun terpaksa dibius dan diikat terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke klinik berkenaan.

Singa ini dilahirkan di Zoo Lory, Pretoria dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pihak pengurusan zoo tersebut.