KABONG: Program Mesra Ramadan 2019 anjuran Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong akan mengagihkan Bubur Pedas dan Bubur Kapur kepada penduduk di sini.

Jurucakap Pejabat ADUN Kabong, Mohammad Elfy memberitahu aktiviti gotong-royong memasak bubur pedas dan bubur kapur sempena Program Mesra Ramadhan 2019 kelolaan bersama PBB Kabong dan Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong berlangsung sejak pagi tadi dengan melibatkan lebih 50 kakitangan.

“Sebanyak 1000 bungkus Bubur Pedas dan 1000 bungkus Bubur Kapur akan diagihkan kepada orang awam mulai jam 3.30 petang ini oleh ADUN N. 40, Mohd. Chee Kadir di Town Square Kabong.

“Orang ramai yang berkelapangan bolehlah datang pada waktu yang dinyatakan bagi mendapat bubur-bubur berkenaan, “ujarnya.