KUCHING: Penjawat awam Sarawak akan mendapat bantuan khas sebanyak RM500 sempena Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri awal Jun ini.

Satu kenyataan akhbar Pejabat Ketua Menteri menyatakan: “Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan tahun 2019 sebanyak RM500.00 kepada penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk kepada mereka yang masih berkhidmat sebelum atau pada 31 Mei 2019.”

“Bantuan khas kewangan itu turut merangkumi badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sempena perayaa Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun 2019,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, pembayaran bantuan kewangan tererbut akan dibayar pada 23 Mei ini.