JAKARTA: Seorang lelaki yang dilihat melancap atau masturbasi di hadapan tempat kediaman wanita di Depok, di sini mendakwa bekerja sebagai pengantar barang dan surat bagi membolehkannya mendekati kawasan kediaman terbabit.

Lelaki itu menurut media di sini melakukan perbuatan ‘seronok sendiri’ itu sebanyak tiga kali dan dilihat oleh beberapa wanita yang tinggal di situ.

Lapor Kompas, dia ditangkap  polis kerana melakukan pelecehan seksual di kawasan sewa wanita di Jalan Delima, Pancoran Mas,  di sini pada Isnin.

“DM ditangkap setelah ketahuan masturbasi di hadapan penghuni wanita tersebut,” kata Kompas.

Lelaki  yang masturbasi di depan wanita kos di Depok, DM mengaku sebagai kurier untuk melancarkan aksinya.

“Nah, ini pelaku seolah-olah menjadi kurier pengirim barang untuk bertemu penghuni kawasan sewa itu,” kata  jurucakap polis.

“Pelaku memang tidak menyasarkan siapa mangsanya. Dia hanya lihat, ‘Oh, itu ada wanita’. Maka, saat itu wanita tersebut akan menjadi objek fantasinya,” ujarnya. 

Setelah melakukan aksinya di hadapan wanita terbabit, jelasnya lagi, lelaki itu biasanya langsung melarikan diri.

Jelasnya, DM sudah tiga kali melakukan hal yang serupa.

“Sepengakuannya sudah tiga kali di wilayah Pancoran Mas beraksi. Dua kali di TKP dan satu kali di tempat lain,” katanya.

Ujarnya, pelaku mengaku tidak pernah menyentuh mangsa, tetapi melakukan masturbasi sambil melihat wanita berkenaan.

“Dia tak menyentuh mangsa. Ketika mangsa lengah atau tidak memperhatikan, pelaku ini mengintip mangsa  dan langsung masturbasi,” katanya.

DM dijerat d bawah Pasal 281 KUHP tentang merosak kesopanan di depan umum dengan ancaman penjara dua tahun.

Meski demikian, jelas laporan itu, ketika ini pihak polisi masih melakukan pengembangan terkait kes ini.

“Kami masih dalami motifnya apa, sudah berapa kali, di mana saja, dan sebagainya yang berkaitan dengan pelaku. Masih kami kembangkan,” kata Kompas memetik polis terbabit.

Gambar hiasan – Google Image