Friday, October 7, 2022

Keranda bawa mangsa mati lemas di Belaga dibawa ke Mukah

Secara Rawak

MUKAH:  Keranda yang membawa mayat Aquinas Wahab Jabu, 53, seorang daripada dua mangsa bot karam di Sungai Batu Keling, Bakun Belaga dalam perjalanan dari Bintulu dan dijangka sampai di kampung halaman mendiang, Kampung Tellian Daya di sini sebentar lagi.

Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat mendiang dilaporkan mengiringi van yang membawa keranda mendiang.

Mayat mendiang dijumpai pada 11.30 malam kelmarin.

Abang mangsa, Sinson Jabu dalam hantaran melalui media sosial sebelum ini berkata mayat mendiang akan diuruskan di Hospital Bintulu dan akan dibawa balik ke kediaman mereka di Kampung Tellian Daya Mukah setelah semua proses selesai.

Rakannya juga lemas selepas perahu yang dinaiki karam di Sungai Batu Keling, Hulu Bakun di Belaga.

Usaha pencarian antara lain, membabitkan anggota polis, bomba, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sehingga mayat ditemui.

Ketika kejadian, difahamkan kedua-dua mangsa memunggah barang di jeti itu dan Wahab berada di dalam perahu, manakala rakannya di jeti.

“Kejadian itu berlaku apabila rakannya tersalah pijak tepi perahu sehingga perahu itu terbalik dan karam seterusnya menyebabkan kedua-dua mangsa hanyut dibawa arus deras,” sumber dipetik berkata.

Dalam tragedi hujung minggu lalu itu, bot memukat ikan terbabit difahamkan membawa empat sekawan.

Dua penumpang termasuk pemandu bot dijumpai selamat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru