Scotland: Mesej dalam botol milik seorang kanak-kanak dari Scotland ditemui oleh seorang nelayan kira-kira 300 batu dari tempat asalnya.

Pada November 2017, Eve Punter yang ketika itu berusia 8 tahun bersama ibunya Vicky Gibbons, memilih Pantai Aberdeen untuk melepaskan satu mesej yang diletakkan di dalam sebuah botol kaca.

Selepas botol itu dibawa arus, Vicky mengatakan dia tidak yakin botol itu akan dijumpai lagi oleh sesiapa pun.

Namun, anaknya sentiasa teringat akan botol tersebut dan sering bertanya dengannya.

Pada minggu lepas Vicky menerima e-mel dari seorang nelayan bernama Sven yang memberitahu dia telah menemui botol tersebut terdampar di Pantai Feoy, di Norway.

Penemuan itu membuat anaknya begitu gembira.

Mesej dalam botol milik seorang kanak-kanak dari Scotland ditemui oleh seorang nelayan kira-kira 300 batu dari tempat asalnya.