Tuesday, May 11, 2021

Kajian: Kerajaan PH perlu diberi lebih masa

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Sejumlah 34.73 peratus daripada 37,262 orang percaya kerajaan harus diberi lebih daripada tempoh masa dua tahun bagi mengatasi masalah yang timbul sepanjang 61 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Itu dapatan satu kaji selidik oleh The Edge yang dijalankan di antara 9 dan 24 April lalu.

Namun, dapatan kajian itu mendapati 19.52 peratus responden percaya setahun adalah lebih daripada cukup untuk melihat perubahan, dan kerajaan harus lebih pantas dalam usaha itu.

Secara keseluruhan, 31.90 peratus responden berasa sedikit optimis, manakala 30.70 peratus lagi berasa optimis terhadap masa hadapan negara kerana Manifesto Pilihan Raya PH yang dijanji, akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Buku Harapan menjelang PRU-14 menyatakan dengan jelas, matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi.

Kemenangan PH pada 9 Mei tahun lalu dimungkinkan kebobrokan pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan juga pelbagai janji yang diberi kepada rakyat. Kemenangan PH disambut dengan euforia dan kegembiraan yang luar biasa oleh rakyat.

Bagaimanapun, kajian itu menyebut, ia tidak bermaksud kerajaan boleh merasa selesa memandangkan kajian yang sama menunjukkan 24.15 peratus masih pesimis dan ragu-ragu dengan pencapaian PH setakat ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru