KUALA LUMPUR: Celcom dan Digi akan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dalam tahun 2019, berikutan Axiata Group Berhad dan Telenor ASA mengumumkan bahawa mereka akan bergabung.

Gabungan ini akan memberikan impak besar terhadap pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk kedua-dua syarikat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga 2019, yang bakal menyaksikan Telenor menjadi pemegang saham majoriti dengan jangkaan 56.5 peratus pemilikan manakala 43.5 peratus oleh Axiata.

Gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi itu akan menghasilkan pendapatan bersama (combined revenue) sebanyak RM50 bilion, sementara keuntungan sebelum cukai (EBITDA) yang bakal diraih adalah sebanyak RM20 bilion.

Penggabungan itu dijangka selesai pada suku keempat tahun ini, sementara proses untuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, termasuk Bursa Malaysia sedang dijalankan.