Tuesday, September 27, 2022

Sarawak boleh hilang hak imigresen

Secara Rawak

KUCHING: Pemimpin GPS semalam mengingatkan rakyat bahawa Sarawak akan kehilangan banyak hak, termasuk hak imigresen jika Pakatan Harapan menang pilihan raya negeri akan datang dan memerintah Sarawak.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara ini harus dielakkan, dan tidak harus dibenarkan berlaku.

Tegasnya, jika Sarawak jatuh ke tangan parti yang salah, semua haknya, yang kini dipertahankan oleh GPS akan hilang.

Terdapat pemimpin PH  di Semenanjung yang meminta supaya hak berkenaan dimansuhkan.

“Kita tidak akan lagi dapat menentukan siapa yang dapat keluar dan masuk,” katanya sambil menegaskan Sarawak akan kehilangan segala-galanya.  

“Bayangkan kalau mereka dapat menguasai Dun Sarawak, yang pertama sekali dihapuskan ialah kuasa imigresen kita. Orang akan bebas keluar masuk,” tegasnya dalam Seminar Perjanjian Malaysia 1963 di sini, semalam.

Kuasa imigresen merupakan antara hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian 18 Perkara ketika Malaysia dibentuk pada 1963.

Jelas Fadillah yang juga Ahli parlimen Petrajaya, PRN akan datang sangat penting untuk menentukan masa depan rakyat dan negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru